Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Thursday

Gastrik: Apa, kenapa, punca dan bagaimana?

Tahukah anda? Lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga dua kali ganda berbanding wanita.

Dan tahukah anda makanan yang mengandungi kafein seperti kopi, minuman berkarbonat, makanan pedas, berlemak, kari dan minuman keras merupakan antara stimulus untuk jus usus dirembeskan dengan banyak dan menyebabkan gastrik.

Gastrik merupakan 1 penyakit yang tidak asing lagi bagi masyarakat zaman ini. Gastrik sebenarnya suatu penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup yang terlalu sibuk dan tidak menjaga amalan pemakanan, diet pemakanan yang tidak seimbang dan sikap sambil lewa terhadap pengambilan makanan seharian.

Apakah gastrik?

Gastrik dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Jika orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama iaitu gastritis. Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH1 hingga pH2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik. Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.



Tanda-tanda penyakit gastrik:
  
  • Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  • Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  • Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  • Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  • Sakit perut yang kadang kala teramat sakit. 
  • Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Rawatan gastrik

Kebiasaannya gastrik boleh dikawal dengan ubat gastrik terutama ubat yang boleh mengurangkan rembesan jus usus selain ubat yang boleh meneutralkan jus usus yang sedia ada dalam perut. Masalahnya, ramai pesakit yang salah anggap kerana tidak mengambil ubat tetapi menggantikannya dengan makanan. Pesakit seperti ini menganggap apabila mereka tiba-tiba diserang gastrik, mereka perlu makan. Seharusnya, mereka mendapatkan rawatan termasuk pengambilan ubat gastrik seperti yang disarankan oleh pakar.

Selain mengambil ubat dari doktor kita juga mempunyai alternatif lain untuk mengatasi gastrik iaitu dengan pengamalan suplemen Shaklee yang konsisten. Antara suplemen Shaklee yang boleh membantu penghidap gastrk ialah: ESP, Ostematrix, Peppermint Ginger Plus dan vitamin B Complex.

Bagaimana ESP boleh mengatasi masalah gastrik?
ESP mengurangkan keasidan dalam perut yang disebabkan oleh jus gastrik kerana ESP bersifat alkali. Oleh itu, ESP (alkali) akan bercampur dengan asid perut dan keadaan neutral akan mengurangkan hakisan pada dinding perut.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja

Friday

Hadiah untuk ayahanda dan bonda


Ayah Ibu. Semasa kita kecil, merekalah tempat kita bergantung, berlindung. Semua yang kita nak, mereka akan usahakan. Sekarang bila kita pulak yang dah jadi ibu dan ayah, kita dah tau macam mana rasanya nak memenuhi kemahuan anak-anak, mesti teringat kedegilan kita masa kecil-kecil dulu.

Sementara ayah ibu kita masih bernyawa, masih sihat, masa ni lah kita ambik peluang ni untuk berbakti kepada mereka. Tiada apa yang lebih bermakna selain daripada melihat mereka gembira dan semestinya sihat.

Penyakit boleh datang bila-bila pabila tubuh semakin dimamah usia. Sebab itulah tercetusnya pepatah mencegah lebih baik dari mengubati. Pengambilan supplemen sememangnya salah satu cara untuk pencegahan yang baik. Kalau memang dah sakit, kita dah perlukan ubat. Hmm...

Kalau korang selalu kekeringan idea nak bagi apa untuk ayah dan ibu, senang je, jadilah supplier supplemen Shaklee untuk mereka sebagai hadiah kecil setiap bulan. Kalau mereka sihat, kita pun tak risau, mereka pun gembira dapat bermain dengan anak-anak kita. Mungkin ada banyak lagi cara kita boleh balas jasa mereka yang telah membesarkan kita sejak kita merah tapak kaki lagi. Tapi bekalan supplemen untuk mereka juga salah satu supaya mereka tetap kekal sihat dan bertenaga untuk beribadat di hari-hari tua mereka.

Antara supplemen yang sesuai kita hadiahkan untuk ayah ibu kita ialah:

Vitalea (multivitamin)

Kenapa Vitalea? Kerana Vitalea ialah multivitamin yang mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

Fakta nutrisi dalam sebiji Vitalea:
  • Vitamin A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
  • Vitamin D – Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
  • Vitamin E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.
  • Vitamin C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
  • Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.
  • Vitamin B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
  • Vitamin B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
  • Vitamin B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
  • Vitamin B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.
  • Vitamin B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.
  • Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.
  • Vitamin B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.
  • Kalsium – Baik untuk tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.
  • Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.
  • Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
  • Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
  • Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.
  • Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.
  • Zink – Meningkatkan sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.

Orang tua selalu mengidap sakik lutut kan? Untuk mengelakkan ayah ibu kita tak dapat solat dengan sempurna kerana mengidap sakit lutut, Ostematrix dan Advanced Joint Health pun sangat sesuai untuk mereka.

Advanced Joint Health Tablet


Pengambilan Advanced Joint Health Tablet secara konsisten dapat mengelakkan perkara-perkara yang berikut:
  • Menyokong ketidakselesaan sendi 
  • Membantu kekalkan tulang rawan 
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat 
  • Melancarkan pergerakan harian 
  • Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan 
  • Anti radang semulajadi 
  • Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi 
  • Memberi kekuatan kepada struktur sendi 
  • Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan , juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen)

Seperti yang kita tahu, kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang. Tapi berapa ramai kita yang konsisten mengambil susu (kalsium) setiap hari untuk mengelakkan osteoporosis? Jangan bimbang, mungkin sesetengah orang tak suka minum susu, tapi susu boleh diganti dengan supplemen kalsium Shaklee iaitu Ostematrix.

Ostematrix

Berikut ialah di antara fungsi kalsium kepada badan kita:
  • Untuk tulang dan gigi yang kuat. 
  • Mencegah kekejangan otot (cramp).
  • Membantu dalam pembekuan darah.
  • Menstabilkan denyutan jantung.
  • Mengurangkan migrain.
  • Membaiki stimulasi urat saraf.
  • Mengurangkan risiko osteoprosis
  • Mengurangkan gejala period pain-kembung perut

So, kepada yang nak balik kampung pasni nak jenguk ayah ibu, jom la belikan mereka salah 1 daripada 3 supplemen ni. Bukannya mahal sangat pun jika dibandingkan pengorbanan ayah ibu kita yang bersengkang mata menjaga kita jika kita sakit di tengah malam suatu ketika dulu.

Harga runcit:

  • Vitalea - RM88.75
  • Joint Health Tablet - RM124.00
  • Ostematrix - RM61.00

Atau nak lagi murah, daftarlah sebagai ahli Shaklee. Guna sendiri pun dapat cash back dari Shaklee tau!



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja

Monday

Tips sihat & muda


Berduit tidak bermakna anda sihat. 
Pokai pun tidak bermakna anda sakit.
Semuanya bergantung bagaimana kita menjaga pemakanan.
Pengurusan stress.
Senaman yang cukup.
Semuanya mesti diambil kira.



Kadang-kadang kita lihat orang yang agak tidak berkemampuan, tetapi hidupnya bahagia, gembira di samping anak-anak yang ramai. Ada yang lebih dari mampu, tapi ada masalah kesihatan terutamanya sakit jantung.

Tapi, memang tidak dinafikan, kalau kita mampu, kita boleh mengekalkan kesihatan yang tip top jika betul cara pengurusan hidup kita seharian. Kita mampu membeli supplemen, mampu pergi melancong menghilangkan stress, mampu makan makan yang berkhasiat. Memang... duit bukan segala-galanya tapi dengan duit kita boleh tersenyum lebar.


Jom tiru tips sihat ala Qi. Dari tips #1 hingga tips #10 semuanya perkara-perkara yang positif. Kesimpulannya berfikir dan bertindaklah cara positif. Juga senyum selalu untuk awet muda. 

In sya Allah.

Untuk mengekalkan kesihatan yang optimum, supplemen yang dicadangkan ialah Vitalea, B Complex dan Vitamin C. Untuk konsulltasi percuma dan harga kawan-kawan, bolehlah menghubungi SID yang berhampiran anda atau Kakmim sendiri untuk keterangan lanjut.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja

Friday

Cinch Inch Loss Plan



Wah, sedang on diet ke? Kalau ye pun on diet jangan la sampai ikat perut ye adik-adik dan kakak-kakak. Kesian badan kita. Berdiet la secara sihat. Sarapan pagi jangan skip pulak. Sarapan pagi tu penting sebab sarapan pagi lah yang akan boost tenaga kita nak buat kerja sampai ke petang dan ke malam.

Shaklee ada menawarkan 1 pelan untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat. Memang, kesan akan lambat sedikit, bergantung dengan hormon dan badan masing-masing. Lagipun, Shaklee ni supplemen, bukan pil ajaib ye. Kalau pil ajaib yang berjaya turun berat badan selama  7 hari tu, nanti tengok lah kesan jangka panjang. Kurus cepat memang lah seronok tapi jangan nanti-nanti pulak menderita.

Bagi mereka yang ingin menyertai 'Inch Loss Plan' ni, set cadangan yang dicadangkan untuk kalian ialah seperti berikut:  Cinch Shake, Cinch Energy Tea, Vitalea dan ESP

Perlu ke ambik semua ni? Ok, sila lihat keperluan badan anda. Kalau anda memang ada bajet yang besar, tidak salah kiranya anda ambik semua ni. Tapi, kalau anda mempunyai bajet yang minimum, berbincanglah dengan distributor anda.

Cinch Inch Loss Plan

Para doktor perubatan kami, pakar pemakanan dan para saintis telah memperuntukkan masa bertahun-tahun dalam bidang sains sukan dan nutrisi untuk membina 1 pelan yang berkesan. Dengan kehadiran Cinch Inch Loss Plan, yang terdiri daripada minuman protein shakes dan teh tenaga, anda akan dapat mengurangkan inci dan berat. Dan lagi, mereka yang terlibat di dalam ujian klinikal kami secara keseluruhannya telah berjaya mengurangkan sebanyak 16.3 paun lemak dan mengurangkan 4.1 lilitan inci pinggang dan 6 inci lilitan paha mereka dalam masa 12 minggu.

Cinch Shake Mix: Leusina

Cinch Shake Mix mempunya 3 perisa: Cafe Latte, Vanilla & Coklat

Keenakan rasa Cinch Shake Mix yang diperkaya dengan Leusina merupakan asid amino yang dapat mengekalkan otot dan juga membantu mengekalkan otot dan juga mengekalkan semua otot yang diperlukan untuk memberikan tenaga di samping mengurangkan berat badan. Mengapa otot perlu? Otot = metabolisme. Dan lagi, mereka yang berjaya menyertai ujian klinikal berjaya mengurangkan lemak dan inci di samping berjaya mengekalkan 100% otot penting mereka.

Khasiat Cinch Shake Mix:
  • Memberikan keperluan hidangan makanan namun mempunyai rasa seperti kudapan
  • Diperkaya dengan Leusina untuk mengekalkan otot di samping mengurangkan berat
  • 24 gram protein soya bukan GMO  bagi setiap hidangan untuk membantu anda rasa kenyang
  • Kaya serat dengan 6 gram bagi setiap hidangan
  • Bebas gula
  • Memberikan 35% dan lebih lagi agi keperluan harian 21 jenis vitamin dan mineral penting

Vitalea & Cinch Energy Tea: Memberikan rasa nyaman, memenuhi rasa lapar
Bukan hanya produk Cinch yang mempunyai rasa yang hebat, malah 90% daripada peserta yang menyertai ujian klinikal melaporkan yang mereka mempunyai tahap tenaga di antara "Sangat Baik" atau "Cemerlang" semasa mengikuti diet Cinch Inch Loss Plan. Program itu memberikan banyak nutrisi daripada Vitalea termasuk Cinch Energy Tea untuk memberikan anda rasa bertenaga sepanjang hari.



Kesimpulannya, Cinch Inch Loss Plan ini merupakan 1 pelan yang telah diuji secara klinikal untuk membantu anda merungkai kelaziman rutin diet anda dan ianya membantu anda:

  • Menyimpan otot yang anda miliki
  • Membakar lemak yang tidak diperlukan
  • Mengurangkan inci yang tidak anda ingini

Inginkan perubahan pada diri anda? Hubungi SID berhampiran anda untuk mendapatkan maklumat lanjut atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi percuma.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja

Tuesday

Tekanan darah saya rendah!

Minggu lepas member kakmim di ofis bawak bendalah untuk cek tekanan darah di ofis. Entah kenapa lah dia bawak, kakmim pun kurang pasti. Dah ada peluang, kakmim pun try ler jugak nak cek BP. Bila cek, bacaan sistolik kakmim 99 jer. Semua diorang pakat BP kakmim rendah. Risau ler jugak.  Ari ni kakmim berkesempatan nak cek dengan Pakcik Google berkenaan bacaan sistolik dan diastolik tu. Rupanya normal jer BP kakmim. Isk.. buat risau je. Tu la lain kali takyah percaya cakap orang 100% terus eh. Tapi still jugak la kakmim kena berhati-hati.


Apakah Vitalea ni? 

Vitalea ni sebenarnya multi vitamin multi mineral yang pertama kali dicipta di dunia oleh Dr. Shaklee. Ia  merupakan gabungan 28 nutrient penting yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekal sihat dan bertenaga.

Pada mulanya Vitalea yang dicipta adalah dalam bentuk cecair tetapi teknologi yang semakin maju dan berubah telah mengubah bentuk Vitalea daripada cecair kepada bentuk sekarang, tablet. Setiap tablet Vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Fungsi-fungsi Vitalea ialah:

  • Penambahan tenaga segera, memberi kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
  • Pelengkap nutrisi, terutamanya bagi mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia
  • Penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Merupakan elemen penting pada sel tubuh, kerana ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Ia juga berperanan dalam melindungi organ, melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.



Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah rendah ataupun selalunya di KKIA nurse salu cakap HB low, disarankan ambik Vitalea 2 biji sehari. Kalau kita tengok kandungan Vitalea memang dah lengkap dengan formula Iron untuk membantu menambah sel-sel darah merah.



Harga pun berpatutan uolls.. Tak mampu yang lain, cukuplah sekadar Vitalea untuk permulaan cara hidup sihat.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja

Thursday

Set Menyusu Shaklee Pilihan Terbaik Ibu Menyusu

Yup. Saya bermula dengan set menyusu. Mula-mula memang beli trial set. Sebulan. Alhamdulillah... dapat menjadi supplier susu ibu yang berjaya. Badan pun energetic. Dua bulan. Addicted. Lepas tu, argh.. tak boleh jadi. Kena daftar ahli sebab nak harga murah daripada biasa.

Bermula dari situlah saya seadanya sekarang. Saya menjadi pengguna tegar Shaklee. Dulu-dulu suami macam tak pandang jer apa yang saya makan, yang saya telah, ye lah orang anti supplement. Tapi sekarang, sendiri dok tolong saya promote, share. Sebab dah terjebak jugak dengan Shaklee. Hehehe. Ambik kau.

Oh, ya. Nak tau set menyusu yang mana yang saya ambik mula-mula dulu? Alaaa... yang basic jer pun. Yang ada Vitalea, B Complex, Vitamin C & supplement ajaib yang bertindak sebagai milk booster, Alfalfa!

Alfalfa

Saya cerita dululah part Alfalfa yang dikatakan supplement ajaib ni. Hehehe. Kelebihan Alfalfa complex adalah sebagai 'milk booster' kepada ibu menyusu selain menyelesaikan masalah kesihatan wanita seperti merapatkan kembali keintiman, menyelesaikan masalah keputihan, dan yang paling utama merupakan detox (nyahkan toksin) kepada tubuh. Manfaat alfalfa kepada anak ialah menjadikan susu ibu lebih pekat membuatkan anak kesayangan kita lebih kenyang dan mendapat khasiat yang berkualiti. Selain itu, Alfalfa  juga membantu mengatasi masalah eczema bayi.


milk booster
Vitalea

Vitalea pula merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang

Vita-lea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.
B Complex

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin.

Asid folik yang digunakan adalah semulajadi dan dicipta oleh saintis Shaklee yang pertama seumpamanya di dunia. Ianya dihasilkan dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.
Asid folik semulajadi biasa tidak mudah diserap oleh tubuh kita dan 99% asid folik di pasaran terkini bersifat sintetik, dan bukannya semulajadi seperti yang ada di dalam Vitamin B Complex Shaklee. 
Vitamin B adalah vitamin larut-air; oleh sebab itu, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan (sebab itu air kencing kita akan berwarna kekuningan sekiranya mengambil vitamin B). Jika tidak berwarna kekuningan itu bermakna anda mengalami kekurangan Vitamin B.
Yang paling best tentang B Complex ni mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan. Biasalah bila baru lepas bersalain kita akan rasa stress sikit sebab masih lagi menyesuaikan diri dengan rutin baru yang ada baby, dan bf pulak tu. Sebab tu lah pentingnya B complex ni. 
Selain tu, orang kata nak cantik kena ambik B Complex. Dan kalo nak cantik kita tak boleh stress, nanti nampak tua, so ambil b complex untuk kawal kita punye stress. Selain tu B complex juga membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik dan macam – macam lagi.


Vitamin C

Semua orang tau kelebihan vitamin C untuk kecantikan kulit. Selain tu, vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin  C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.
Harga untuk keempat-empat vitamin ni juga sangat berpatutan kerana tempoh penggunaan sehingga 4 bulan! Tapi kalau korang rasa agak 'berat' untuk membeli sekaligus, jomlah PM saya. Saya juga menyediakan trial set kepada ibu-ibu yang memiliki low budget atau kepada yang baru ingin mencuba. Set ni memang sangat recommended untuk ibu-ibu yang berazam untuk fully breastfeed. Memang terbaeklah!


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja

Wednesday

Waktu yang sesuai untuk makan Vitalea & Vitamin C

Pagi ni, saya bekfes nasik campur: ada ikan goreng (protein), sayur cangkuk manis (multivitamin) & nasik (karbohidrat). Dan jajan awal pagi lepas bekfes ialah Vitalea + Vitamin C. Mesti!

cara makan vitalea & vitamin c shaklee

Dan tahukah anda Vitalea mengandungi formula iron (zat besi). Vitamin C dan iron saling memerlukan di antara satu sama lain untuk membantu penyerapan maksimum di dalam badan kita. So sebab tulah kita disarankan ambik kedua-dua jenis vitamin ni dalam masa yang sama.

Kalau korang makan macam-macam vitamin tapi macam takde efek jer dengan korang, korang mesti tengok dulu macam mana cara korang makan tu. Antara pantang larang lain dengan pemakanan vitamin ialah:


BASIC RULES : DO
Vitamin Larut Air (B & C)
Seelok-elok nya diambil dengan segelas air dan elak kan pengambilan makanan yang berlemak / berminyak.
Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K)
Diambil selepas mengambil makanan berminyak/berlemak sebab vitamin larut lemak memerlu kan lemak untuk memudah kan penyerapan.
OsteMatrix (Calcium)
Seelok nya di ambil bersama produk tenusu seperti susu. So make sure calcium korang mempunyai magnesium sebab magnesium membantu calcium lebih mudah untuk di serap.
Vitamin C
Diambil bersama iron sebab iron perlu kan vitamin C untuk lebih mudah diserap oleh badan.
Zinc
Diambil 1 jam sebelum makan.


PENTING! Pengambilan air putih sebanyak 2-3L sehari.

BASIC RULES : DON'T!
Alfalfa + Vitamin E 
Elakkan pengambilan Alfalfa bersama Vitamin E kerana alfalfa akan menggangu penyerapan vitamin E.
Kalsium + Iron
Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vita Lea mempunyai iron. So, elak kan pengambilan bersama OsteMatrix.   
Alfalfa + GLA Complex
GLA Complex mempunyai vitamin E, again read no 1.
Vitamins + Kafein
Pengambilan vitamin bersama kafein seperti teh & kopi akan mengurang kan keberkesanan penyerapan vitamin.
Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil Vita Lea kerana VL mempunyai iron.



So selepas ni tukar cara pengambilan vitamin anda ye. Sebab tulah pentingnya konsultasi daripada distributor korang sebelum dan selepas membeli supplement Shaklee.

Kalau distributor korang senyap jer lepas korang buat payment dan dapat barang, sila-silalah merajinkan diri bertanyakan itu-ini kepada mereka. Sebab itu memang tanggungjawab mereka!



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja