Sunday

Merawat masalah keguguran rambut secara semulajadi

Awek 1: Psst... girls, tengok tu, hensemnya mamat tu.
Awek 2: Erk... tapi sayang, miskin rambut la nyah.
Awek 1 & 2: Hihihihi...


Apa perasaaan anda sebagai seorang lelaki bila terdengar awek-awek mentertawakan anda? Frust kan? Takkan sepanjang masa nak botakkan rambut. Sekali-sekala mesti teringin jugak nak menggayakan rambut kan?

Kalau perempuan yang mengalamai masalah keguguran rambut bolehlah sembunyikan dengan bertudung tapi rambut kan mahkota wanita. Memang down rasanya bila rambut berguguran dan semakin berkurangan. Risau pun ada kan? Mesti dalam hati yang kegusaran terdetik persoalan, aku ni ada kanser ke sampai rambut gugur dengan kritikal sekali. Isk... mintak dijauhkan. Yang kanser tu pun yang buat kemoterapi yang ada masalah rambut gugur.



Tahukah anda kenapa rambut anda gugur? Mungkin anda mengalami salah satu masalah-masalah yang berikut:

1. Gangguan pada Kelenjar Tiroid
Rambut gugur adalah satu tanda seseorang itu mengalami gangguan pada kelenjar tiroid samada ianya hypotiroid atau hipertirod (tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi). Kelenjar tiroid mengalawal pertumbuhan sel badan. Oleh itu jika terganggu maka akan turut merencat kitaran pertumbuhan rambut yang normal. Biasanya disamping masalah rambut, pesakit tiroid turut mengalami masalah berat badan berlebihan atau terlalu kurus, sensitif dengan cuaca panas atau sejuk, dan mempunyai kadar denyutan jantung yang tidak stabil

2. Hormon Yang Tidak Stabil atau PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)
Jika anda mengalami gejala rambut gugur beserta dengan masalah seperti haid tidak teratur, sukar hamil (masalah kesuburan), jerawat yang banyak dan berterusan, obesiti -  anda mungkin mengalami masalah hormon yang tidak stabil atau gejala PCOS.

Ini kerana hormon kelakian (androgen) dihasilkan dalam kadar yang lebih dari sepatutnya dan menyebabkan pertumbuhan bulu yang lebat di muka & badan tetapi semakin menipis di kepala. Bagi wanita yang menopous, gejala rambut gugur akan berlaku disebabkan perubahan hormon.

3. Kesan Selepas Kehamilan
Ketika kehamilan, kedaan rambut berada di peringkat terbaik kerana aktiviti hormone di peringkat yang optimum. Keguguran rambut bermula setelah melahirkan, kerana hormon wanita secara tiba-tiba berubah dan menyebab ketidakstabilan. Selalunya keguguran ini bermula setelah empat bulan melahirkan anak dan berterusan selama dua bulan.


4. Kesan dari Ubat-Ubatan atau Pil Perancang Kehamilan

Ubatan untuk sesetengah rawatan boleh memberi kesan keguguran rambut terutamanya ubatan yang mengawal tekanan darah, penyakit jantung, artritis atau depresi.

Bagi wanita yang sihat, mempunyai berat yang sesuai, mempunyai kitaran haids yang tetap, makan makanan berkhasiat tetapi menggunakan pil perancang keluarga, boleh menyebabkan hormon dalam badannya menjadi tidak stabil. Akibatnya ia menyebabkan keguguran rambut.

Berlainan dengan wanita yang mempunyai kitaran haids yang tidak teratur, dan beliau memakan pil perancang untuk menstabilkan hormon, pengambilan pil perancang ini akan menyebabkan rambutnya lebat dan kekal sihat.

5. Kekurangan Nutrisi Penting dalam Diet
Diet yang tidak seimbang turut menjadi faktor, terutamanya jika kekurangan zinc atau protein. 

Zinc penting untuk pertumbuhan sel yang normal. Kekurangannya akan melemahkan sel & melambatkan penyembuhan luka. Untuk kes rambut gugur, kekurangan zinc akan melemahkan sel di kulit kepala dan meningkatkan keguguran rambut. Disamping itu, rambut juga akan kelihatan kusam dan cepat beruban. Sumber semulajadi zinc dan protein banyak terdapat dari sumber seperti daging, ayam, ikan, makanan laut dan produk tenusu. Protein turut sama penting untuk pertumbuhan sel yang sihat. 


6. Stress Yang Melampau
Stress akan menganggu fungsi tubuh serta hormon seterusnya mengakibatkan rambut gugur.


Tahukah anda pengambilan Zink boleh membatu anda merawat masalah yang nampak kecil ini tetapi side effect kepada imej peribadi sanat besar. Jom kita tengok dulu apakah kelebihan Zink.

  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan. 
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna. 
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat. 
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka. 
  • Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat. 
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan. 
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan. 
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan. 
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman. 
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis. 
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat 
  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink. 
  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser. 
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink. 
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut 
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang. 
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Sumber-sumber yang berasaskan Zink ialah seperti produk berasaskan daging. Sumber-sumber lain pula ialah seperti tiram, turnips, kacang, oat, kacang tanah, badam, bijian gandum penuh, biji labu, akar halia dan kacang kemiri. Walau bagaimanapun, anda juga boleh mengambil suplemen Zink dalam pemakanan harian anda.

Zink juga membantu dalam penyembuhan luka seperti selepas pembedahan dan juga ibu-ibu selepas bersalin.
Selain itu juga, di samping Zink anda juga boleh menambah sumber protein di dalam keperluan makanan harian anda. ESP juga mungkin berguna untuk anda membantu mengatasi masalah keguguran rambut anda kerana protein merupakan komponen penting rambut. 90% struktur rambut dikomposisikan oleh protein yang juga sebenarnya adalah ramuan yang biasa terdapat di dalam syampu, perapi syampu dan dalam rawatan rambut. Protein juga merupakan salah satu sebab yang menjadikan rambut kuat dan tahan daripada kerosakan.

Protein sangat membantu untuk mengatasi masalah keguguran rambut


Pengambilan suplemen ini secara konsisten in sya Allah akan membantu memperkuatkan folikel rambut dan mengelakkannya daripada mudah gugur dan terputus. Rambut juga bertambah cantik dan bersinar.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja

No comments :

Post a Comment