Saturday

Kesan pengambilan pil perancang dan penyusuan susu ibu



Pengambilan sesetengah pil perancang boleh menurunkan tahap simpanan vitamin C sehingga 30%. Oleh itu, pengambilan vitamin C sangat digalakkan semasa mengambil pil perancang. Pengambilan pil perancang turut mengakibatkan penurunan aras pyridoxine (Vitamin B6) dan Vitamin E dalam darah. Oleh itu, suplemen tambahan seperti vitamin B Complex dan E sangat membantu.

Terdapat wanita yang mengalami ketidakselesaan pada bahagian payudara semasa mengambil pil perancang. Ini boleh diatasi dengan pengambilan EPO 1000mg sekali sehari sepanjang penggunaan pil perancang.

Terdapat 2 jenis pil perancang:
  • Mengandungi progestin dan progesteron
  • Mengandungi progestin dan estrogen
Pil perancang yang mengandungi estrogen TIDAK SESUAI untuk diambil semasa tempoh penyusuan kerana ia mengurangkan penghasilan susu badan. Progesteron pula tidak memberi sebarang kesan terhadap penghasilan susu badan. Namun, sebahagian hormon sintetik tersebut akan memasuki susu badan tetapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada bayi.

EPO selamat untuk diambil semasa tempoh penyusuan. Bahan aktif EPO ialah GLA (Omega 6). Asid lemak ini sangat penting untuk pembentukan sel-sel badan yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak

Sumber:  Puan Sabrina Haron, Pharmacist, Majalah Pa & Ma Bil 131 Ogos 2011
Oleh itu, bagi ibu-ibu yang menyusukan, terutamanya penyusuan secara eksklusif, amatlah digalakkan untuk mengambil supplemen seperti yang berikut:

Vitamin C

Vitamin E
B- Complex
GLA Complex

Walau bagaimanapun, ini juga bergantung kepada hormon individu. Ada sesetengah individu yang menyusu dan mengambil vitamin E, susu menjadi berkurangan. Sekiranya berlaku seperti itu, mungkin pengambilan vitamin E tidak serasi denga hormon individu tersebut. Ini berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri bila mana ketika mengambil vitamin E pengeluaran susu ibu menjadi kurang dari biasa. Maka, saya hentikan pengambilan vitamin E.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja

No comments :

Post a Comment