Friday

Menangani masalah kaki kejang semasa hamil

Anda hamil? Kaki atau betis selalu kejang atau cramp? Jangan risau. Masalah ni sebenarnya normal terutamanya semasa kita berada di trimester kedua dan ketiga. Even saya sendiri pun mengalami masalah ni. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot kita menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.

Menangani masalah kaki kejang semasa hamil

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku terutamanya pada waktu malam. Kalau saya, selalunya sebelum waktu Subuh. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.
Bagaimana hendak melegakan kesakitan ketika kejang?
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Kredit: Babycenter

Bagaimana mengatasi kekejangan otot semasa hamil?

Kalau saya, senang jer. Minum segelas susu dan 4 tablet Ostematrix sebelum tidur. Jangan sesekali tinggalkan rutin ini! Kalau skip semalam, memang Subuhnya merengeklah seorang diri. Kalau Encik Suami tersedar ok ler jugak, boleh tolong urutkan. Kalo tak, memang terpaksa bersabarlah tunggu rasa kejang tu hilang.

Secawan susu & 4 tabs Ostematrix rutin sebelum tidur

Apakah Ostematrix?


Pengalaman saya sendiri yang mengamalkan Ostematrix ni, Oste (nama manja untuk Ostematrix) ni memang di antara supplemen terbaik dari Shaklee. Sangat bagus untuk orang yang tak minum susu. Alhamdulillah, bonus lain bila mengamalkan Oste ni, senang jer nak membuang. Bangun pagi, kompom! Terus je... ke toilet. Semasa mengandung pun takde dah masalah sembelit. Alhamdulillah, Oste memang best!

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja

No comments :

Post a Comment