FAKTA YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH SEMUA BAKAL IBU DAN IBU YANG BARU MELAHIRKAN.
Ramai di kalangan ibu yang gusar dan tidak yakin dengan kemampuan diri 
mereka untuk menghasilkan susu yang cukup untuk anak yang bakal mereka 
lahirkan. Tetapi tahukah anda bayi yang baru dilahirkan hanya memerlukan 
sebanyak 7.0 ml sahaja iaitu lebih sedikit dari sudu kecil. Jumlah ini akan
 bertambah sedikit demi sedikit mengikut usia bayi.
 Sebab itulah di awal kelahiran, susu matang masih belum dihasilkan 
sebaliknya yang terhasil cuma cairan kuning keemasan yg dinamakan 
KOLOSTRUM yang mana fizikalnya pekat dan sedikit. Walaupun sedikit tetapi 
kandungan kolostrum sangat penting untuk bayi kerana selain mengandungi 
vitamin dan mineral penting untuk perkembangan bayi ia juga mengandungi 
antibodi yg dapat membantu menghalang anak dari dijangkiti penyakit 
dengan izin Allah SWT.
 Kebiasaannya adalah normal jika payudara
 anda masih tidak mengeluarkan susu yang banyak di awal kelahiran kerana 
biasanya hari ketiga barulah payudara mula membengkak dan susu mula 
banyak kerana kehadiran kolostrum mula diganti dengan susu 
matang, tetapi dengan syarat anda perlulah menyusukan bayi anda sekerap 
mungkin. Sebaiknya susukan bayi secara FOD (feeding on demand). Lebih kerap bayi anda
 menyusu, lebih kerap payudara dirangsang, dan lebih banyak susu akan 
dihasilkan.
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja
 

 
 
No comments :
Post a Comment