Tuesday

Apakah power pumping?

Penyusuan bayi secara eksklusif bukanlah 1 perkara yang mudah. Selain berhati batu dan cekal, para ibu juga perlulah mempunyai ilmu tentang bab-bab penyusuan. Banyak istilah-istilah dalam penyusuan yang perlu diketahui untuk memudahkan kita mengaplikasi konsep supply & demand.

Apakah konsep supply & demand? Baca di SINI.

Apabila ibu-ibu mengeluh, merayu, susu drop, pam sikit, baby tak puas menyusu. Apakah saranan kita sebagai orang yang menadah telinga mendengar setiap luahan tersebut. Jawapan yang standard, dah buat power pumping ke? Pasti itu yang selalu kita dengar kan?

Tapi. Tahukah kita apakah power pumping?

 

Power pumping digalakkan dibuat pada tengah malam sehinggalah ke waktu subuh. Kenapa waktu ni dipilih? Ini adalah kerana waktu ni lah hormon prolaktin yang merembeskan kelenjar pengeluaran susu ibu tinggi. Oleh itu, otak akan menerima isyarat supaya susu dihasilkan lagi dan lagi. Walau bagaimanapun, power pumping tidak akan mendatangkan hasil serta-merta. Power pumping harus dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan seperti yang diharapkan.

No comments :

Post a Comment