Tuesday

Keistimewaan Vitamin C Sustained Release

Jika anda jenis yang suka merayau-rayau di shopping complex atau yang suka window shopping, apakata sesekali korang pergilah menjamu mata di farmasi. Perasan tak banyak jenama suplemen yang ada vitamin C kan? Tapi vitamin C Shaklee tetap menjadi pilihan ramai orang terutamanya yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.

Tapi apa keistimewaan Vitamin C Shaklee ni? Apa yang lainnya vitamin C daripada Shaklee ni daripada vitamin C lain yang terdapat di pasaran?

Jom, kita lihat dulu packaging botolnya.

Vitamin C 500 mg Sustained Release Shaklee yang sangat high demand

Apa yang korang nampak? Sustained Release Vita-C kan? Tau tak korang apa yang dimaksudkan dengan sustained release ni? Bagaimana ia bertindak?

Apakah formula sustained release?

Ok, begini ceritanya. Dalam 1 tablet Vita-C tu terdapat 500 mg vitamin C. Vitamin C tersebut akan dilepaskan sebanyak 100 mg setiap jam ke dalam sistem badan kita. Oleh itu, badan kita akan mendapat bekalan vitamin C yang mencukupi.

Berapa banyak vitamin C yang perlu kita ambil setiap hari?

Keperluan minimun bagi seorang dewasa menurut RDA ialah 60 mg sehari. Minimum ok. Keperluan vitamin C dalam badan adalah berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Antara faktor-faktor perbezaannya ialah dari segi berat, umur, jenis aktiviti, kadar metabolisme, penyakit yang dihidapi dan juga faktor umur.

Tapi kenapa sesetengah individu terutamanya yang wanita selalu tercari-cari vitamin C 1000mg? Vitamin C ialah vitamin yang mudah larut dalam air. Selalunya vitamin C mengambil masa selama 2-3 jam untuk mencapai tahap maksimum dalam darah. Selepas tempoh tersebut kandungan vitamin C dalam darah akan mula berkurangan dan mula terhapus melalui air kencing atau peluh.

Dengan vitamin C Shaklee yang diformulasikan secara sustained release, kita tidak perlu bimbang vitamin C yang kita ambil akan dibazir begitu sahaja menjadi peluh atau air kencing kerana pelepasan sebanyak 100 mg setiap jam sangat membantu dari segi penyerapan vitamin ke dalam tubuh. Untuk membantu penyerapan yang lebih baik dan sempurna, kita juga digalakkan mengambil vitamin C selepas makan.

Apakah pula 'Bioflavinoid Complex'?

Bioflavinoid ialah sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. Kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.


Apakah manfaat Vitamin C kepada kita?

✿Membentuk Kolagen
- Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

✿Memperbaiki Simptom Pendarahan
-Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

✿Peningkatan Sistem Imun
- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

✿Memerangi kanser
- Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh
dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

✿Mencantikkan Kulit
- Pengambilan Vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

✿Memperbaiki Insomnia
- Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

✿Mengekalkan kolestrol sihat
- ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Apakah yang akan terjadi sekiranya kita kekurangan vitamin C?
  • Lemah badan
  • Sakit-sakit dan sengal badan
  • Bengkak gusi
  • Hidung berdarah
  • Skurvi (pendarahan pada badan, lebam-lebam, gigi mudah tercabut, pendarahan dalam otot dan sendi)
  • Anemia

Vitamin C 500 mg Shaklee hanya perlu diambil sebiji sehari. Sebotol ada 180 biji. Cuba buat kira-kira sikit, dengan harga runcitnya RM92.50, sebiji vitamin C Shaklee hanyalah bernilai 50 sen sebiji. Apa sangatlah nilai 50 sen dengan kesihatan kita kan? Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Walau bagaimanapun, vitamin dan mineral yang lain tidak boleh menggantikan makanan. Ia hanyalah makanan tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan yang diperlukan oleh badan kita. Dalam erti kata lain, kita tetap perlukan sumber vitamin semulajadi jugak!

Oleh itu, jangan lupa makan buah-buahan ye! Terutamanya buah-buahan sitrus yang kaya vitamin C.


Sumber semulajadi vitamin C


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja


No comments :

Post a Comment