Monday

Adakah kita perlukan supplemen?


Persoalan yang memerlukan jawapan ya atau tidak. Jika anda hidup di tahun 2013 ini, jawapannya adalah YA! Anda perlukan supplement. Zaman nenek moyang kita dulu, mereka TIDAK memerlukan supplement?



Kenapa?

Dewasa ini, kita sendiri merasakan gaya hidup kita telah berubah. Dulu masa kita kecik sangat jarang ibu-bapa membawa kita makan di luar, makan makanan proses apatah lagi. Rasanya 2-3 bulan sekali. Selalunya mak kita masak jer kat umah. Nak pergi KFC pun jarang. Sekarang? Balik kerja, selalunya kalau tak tapau, bawak famili makan kat kedai dulu baru balik rumah. Atau tak pun, beli jer sosej ke nugget ke, ayam goreng segera ke kat supermarket balik rumah goreng jer. Sayur kalau ada, ada. Kalau takde, makan tu je. Atau paling senang angkut anak-anak ke KFC. KFC pun ada nasi kan? Begitulah gaya hidup zaman sekarang. Semuanya nak mudah. Nak mati pun mudah kan? Hmm... ajal maut di tangan Tuhan, ye tak? Mana boleh cakap macam tu. Tapi kalau kita nak bandingkan kesihatan kita dengan nenek moyang kita dulu, kenapa umur mereka panjang? Kenapa mereka masih tidak dimamah usia walaupun umur sudah melebihi separuh abad? Kenapa mereka masih gagah tidak bertongkat? Kenapa penglihatan mereka masih tajam walaupun sudah tua? 

Cuba bandingkan pola pemakanan kita sekarang dengan pemakanan mereka pada zaman dahulu? Adakah kita ada mengambil ulam-ulaman dalam pemakanan kita seharian? Adakah kita banyak memakan sayur-sayuran segar? Adakah kita mengambil ikan-ikan segar?

Mungkin ada ya menjawab ya. 

"Ya, saya makan nasi ayam penyet, ada ulam." 

"Saya memang 'penyayur', saya makan sayur jer tiap hari."

Ya, memang tak dinafikan. Tapi adakah ulam-ulaman dan syur-sayuran yang kita ambil itu 100% segar? Itu yang kita tidak pasti. Zaman teknologi ni semuanya boleh diproses. Nak sayur tahan lama, adalah campuran yang disemburnya. Atau baja yang digunakan? Atau... banyak kemungkinan atau. Tapi sebagai pengguna adakah kita tahu? Adakah kita tahu apakah yang menyebabkan kulit buah epal segar bugar seperti yang dijual di supermarket? Takkan buah epal semua ditanam di Malaysia kot? Kalau yang diimport logik ke berminggu-minggu masih segar-bugar seperti yang terdapat di rak-rak buah-buahan di supermarket? Hmm... pernahkah anda terfikir?

Contohnyalah, buah oren atau limau yang selalu dikaitkan dengan vitamin C. Sebiji limau yang ditanam di ladang organik, selalunya mengandungi 70-100 mg vitamin C tetapi kandungan vitamin C akan semakin kurang dan hilang semasa proses pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan penghantaran untuk urusan eksport. Nahhh... berapa mg lagi vitamin C yang tinggal untuk kita?

Ini belum lagi ayam yang kita makan. Kalau ayam organik atau ayam kampung, memang tidak diragui tetapi siapa nak makan ayam organik setiap hari? Semestinya ayam proseslah yang menjadi pilihan kita setiap hari. Ayam yang dijual di pasar basah, kita tak pernah tau apa yang dia makan, disuntik dengan apa supaya dapat ayam yang gemuk, hormon kah? Antibiotik kah? adakah kita pernah ambil tahu? Kita cuma makan je. Tak perlu tau semua tu.  Boleh ker macam tu? Macam tak sayang diri sendiri jer kan?

Oleh itu, apakah makanan yang anda makan setiap hari yang anda pasti benar-benar memberikan manfaat kepada anda? Memberikan vitamin dan mineral yang secukupnya kepada tubuh badan kita? Senaraikan.

Dapat tak senaraikan?

Kerana sebab itulah kita memerlukan supplement. Kita memerlukan suplement bukan kerana tubuh badan kita memerlukannya tetapi makanan yang kita makan tidak mendapatkan vitamin dan mineral yang secukupnya dari tanah. Walaupun kita makan sayur yang kita sendiri tanam, tapi sayur itu kita pun belum pasti kandungan vitamin dan mineralnya kerana tanah tempat kita bercucuk tanam belum tentu pasti tahap keasidan atau kealkaliannya.

Anda rasa anda sihat, anda sudah cukup makan makanan seimbang, anda fikirlah sekali lagi. Zaman sekarang kebanyakan penyakit kronik berpuncar daripada cara pemakanan kita. Renung-renungkan.




Untuk permulaan, tak payah fikirkan supplement yang macam-macam. Anda mungkin hanya perlukan sebiji Vitalea daripada Shaklee untuk supplement harian anda.


Multivitamin & Multimineral
  • Multi yang Hebat
    Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  
  • Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

Apa tunggu lagi? Vitalea memang sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Dapatkan daripada pengedar Shaklee berdaftar di kawasan anda atau yang berada di area Kuching, boleh callling-calling kamek atau Whatsap kamek. Kamek boleh antar di depan pintu gate umah kita orang. Mun dekat lah. Hehehe...



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja

No comments :

Post a Comment