Wednesday

Mengatasi rasa loya/morning sickness ketika hamil

Setiap wanita yang mengandung, tak sama kan? Ada yang bahagia jer makan apa saja dari awal trimester sampai ler nak bersalin. Ada yang nasib tak berapa baik pulak, kena loya-loya atau morning sickness yang terok sampai 1 trimester tak dapat nak makan apa-apa. Kesian kan?

Kakmim pulak alhamdulillah memang takde masalah. Ada pun takdelah sampai takleh nak makan apa-apa. Cuma hidung jer selalu sensitif dengan bau-bauan yang tak berapa nak sedap dihidu. Hehehe.

Kenapa loya-loya atau morning sickness berlaku? Sebenarnya puncanya tidaklah diketahui, ia difikirkan berkaitan dengan hormon gonadotrofin korion manusia (hCG). Ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta kita mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi pada sekitar 12 hingga 14 minggu. Hormon lain seperti estrogen dan hormon tiroid tiroksina juga dikatakan bertanggungjawab antara penyebab morning sickness. 

Jangan risau. Morning sickness tidak akan mengancam bayi selagi kita mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada apa yang dimakan, dan minum banyak cecair. Selain itu, cuba makan makanan seimbang, tetapi jika berasa amat loya, makan jer apa yang termampu ditelan dek tekak. Janji makan. Anda tidak perlu risau jika risau bayi di dalam kandungan kekurangan nutrien, kerana dengan kuasa Allah bayi boleh back up balik apa yang dia dah 'terkurang'.
 
Walau bagaimanapun, jika anda muntah banyak kali dalam sehari, makan jer muntah, minum jer muntah, serta penurunan berat badan yang mendadak, sila rujuk doktor anda dari awal sebab anda boleh mengalami nyahhidrat. Ada banyak rawatan yang boleh membantu anda merawatnya di rumah, atau anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital. 

Atau cara lain, anda boleh mencuba supplement Shaklee iaitu Peppermint-Ginger Plus seperti di bawah.


Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah seperti:

  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.

Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:


Pudina (Peppermint)

  • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
  • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.



Halia


  • Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.

Bagi yang ingin mencuba Peppermint Ginger, bolehlah dapatkan dari pengedar Shaklee berdekatan anda, atau bagi yang berada di Kuching, bolehlah kontek kamek.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja

No comments :

Post a Comment