Thursday

Gastrik: Apa, kenapa, punca dan bagaimana?

Tahukah anda? Lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga dua kali ganda berbanding wanita.

Dan tahukah anda makanan yang mengandungi kafein seperti kopi, minuman berkarbonat, makanan pedas, berlemak, kari dan minuman keras merupakan antara stimulus untuk jus usus dirembeskan dengan banyak dan menyebabkan gastrik.

Gastrik merupakan 1 penyakit yang tidak asing lagi bagi masyarakat zaman ini. Gastrik sebenarnya suatu penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup yang terlalu sibuk dan tidak menjaga amalan pemakanan, diet pemakanan yang tidak seimbang dan sikap sambil lewa terhadap pengambilan makanan seharian.

Apakah gastrik?

Gastrik dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Jika orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama iaitu gastritis. Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH1 hingga pH2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik. Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.



Tanda-tanda penyakit gastrik:
  
  • Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  • Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  • Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  • Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  • Sakit perut yang kadang kala teramat sakit. 
  • Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Rawatan gastrik

Kebiasaannya gastrik boleh dikawal dengan ubat gastrik terutama ubat yang boleh mengurangkan rembesan jus usus selain ubat yang boleh meneutralkan jus usus yang sedia ada dalam perut. Masalahnya, ramai pesakit yang salah anggap kerana tidak mengambil ubat tetapi menggantikannya dengan makanan. Pesakit seperti ini menganggap apabila mereka tiba-tiba diserang gastrik, mereka perlu makan. Seharusnya, mereka mendapatkan rawatan termasuk pengambilan ubat gastrik seperti yang disarankan oleh pakar.

Selain mengambil ubat dari doktor kita juga mempunyai alternatif lain untuk mengatasi gastrik iaitu dengan pengamalan suplemen Shaklee yang konsisten. Antara suplemen Shaklee yang boleh membantu penghidap gastrk ialah: ESP, Ostematrix, Peppermint Ginger Plus dan vitamin B Complex.

Bagaimana ESP boleh mengatasi masalah gastrik?
ESP mengurangkan keasidan dalam perut yang disebabkan oleh jus gastrik kerana ESP bersifat alkali. Oleh itu, ESP (alkali) akan bercampur dengan asid perut dan keadaan neutral akan mengurangkan hakisan pada dinding perut.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja

Tuesday

Boleh ke ibu lepas bersalin mengambil Lecithin?

Masalah bengkak susu adalah normal bagi ibu-ibu lepas bersalin dan dalam pantang. Ye lah time susu tengah mencurah-curah, si kecil pulak hisap tak banyak. Dah kenyang dia berhenti pulak kan? Tapi kita plak macam mana nak stopkan pengeluaran susu ibu? Mahal tu. Kalau boleh memang takmo dia stop kan? Maka.. terjadilah bengkak susu. Dah pam pun masih tak surut-surut. Ada yang sampai terdemam-demam. Kesiannya.

Dulu, masa masih jahil. Time bengkak ni diletak pulak kobis kat bahagian bengkak tu. Time tu tak tau plak sifat kobis tu boleh mengeringkan air susu. Bila dah tau terus tobat takmo buat dah. Pastu carilah penyelesaian lain. Maka terjumpalah kebaikan si Lecithin Shaklee ni. Syukur alhamdulillah. Takdelah kering susu, makin slim ada lah. Hehehe.

Persoalan,boleh ke ibu lepas bersalin mengambil Lecithin? Mestilah boleh.

Apakah Lecithin Shaklee?

Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya. Soya merupakan sumber lecithin paling kaya, paling best dan bebas kolestrol. Perlu diingat system badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin dengan sendiri. Justeru itu kita disarankan untuk mengambil lecithin berasakan soya ini untuk melancarkan pengurusan berat dan system badan kita. Adakah terjawab persoalan? Puas hati?

Yang specialnya di sini, Lecithin Shaklee ni bebas kolestrol tau. Bagi yang mengamalkan Lecitin bertujuan utk mengawal berat badan, ianya boleh diambil selepas heavy meal sebanyak 6 tablet sehari. Jangan tak tahu Lecithin Shaklee ini banyak bonus extravaganza! Lecithin Shaklee ni ada banyak fungsi lain selain pemecah lemak. 


Baby menangis nak susu? Haa... cepat bf baby tu. Jangan culas. Kalo ada masalah bengkak susu,  jangan lupa ambil Lecithin ye!


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja