Sunday

Kenapa diet saya gagal?

Jawapannya ialah kerana anda kurang mengambil sumber protein!

Erk? Ye ke? Kurang protein boleh menaikkan berat badan ek? Biar benar.

Menurut penyelidik dari Australia, mereka yang gagal memperolehi sumber protein yang secukupnya mampu menyebabkan pertambahan berat badan! Kajian yang dilakukan menunjukkan 10% daripada yang diambil daripada dietnya sebagai protein sebenarnya telah membawa masuk 1,000 kalori sepanjang 4 hari daripada individu yang mengambil 15% protein. Oleh kerana, protein mudah menyenyangkan, maka kita digalakkan untuk mengambil 1 gram protein bagi setiap 500 gram sasaran berat badan idaman anda.

Sumber: Majalah i-Sihat Edisi Ogos 2012

Kesimpulannya di sini, semakin banyak protein yang kita ambil, semakin banyak sel-sel otot yang terbina untuk pembakaran kalori. Pembakaran kalori bererti berat badan kita pun turun. Masih tak faham? Tengok persamaan ni:

Jadi, cara menurunkan berat badan yang terbaik ialah dengan mengambil sumber PROTEIN. Kenapa protein? Kita lihat ni pulak:

  • Peningkatan asid amino (leucine) membantu menurunkan kadar gula dalam darah
  • Protein membina sel-sel otot untuk pembakaran kalori
  • Asid amino membantu dalam sintesis protein oleh otot
  • Membantu tubuh untuk memelihara jisim otot, pada masa yang sama membakar lemak

Shaklee ada sumber protein yang maha terkenal di alam maya, yakni ESP atau Energizing Soy Protein. 

ESP berperasa vanilla yang boleh dibancuh dengan jus kegemaran anda
Dan juga Cinch.

Cinch terdapat dalam 3 perasa iaitu coklat, vanilla & coffee latte

Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang menyusu tidak digalakkan untuk mengambil Cinch kerana Cinch mengandungi kalori yang sangat kurang.

Antara sebab-sebab lain kenapa diet anda tidak berjaya adalah kerana:

  • Skip hidangan. Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning. Makan tak cukup. Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.
  • Elak nasi. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebih kan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.
  • Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.
  • Harapkan makanan tambahan. Tiada masalah mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan.
  • Tak tahu keperluan kalori diri. Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
  • Elak makanan tempatan. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.
  • Terlalu fokus kepada satu perkara. Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.
  • Diet jangka masa pendek. Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.

Sumber : KevinZahri


Sekiranya anda ingin mengambil supplemen Shaklee untuk berdiet, pastikan anda mendapat konsultasi yang betul daripada distributor anda. Dan jangan lupa jaga cara pemakanan dan bersenam untuk mendapatkan efek yang lebih cepat.

Supplemen tidak bererti anda perlu mengikat perut makan benda-benda berkhasiat yang lain. Berdietlah secara sihat.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat atau ingin tahu lebih lanjut?
~Email ke mfaizura@gmail.com
~SMS | Whatsapp ke 019.875.9547
~COD untuk Kuching sahaja

No comments :

Post a Comment