Tuesday

Terima kasih Shaklee!

Alhamdulillah. Seminggu yang lepas Kakmim selamat melahirkan amanah Allah yang ketiga kami secara normal. Syukur ke hadratNya kerana dipermudahkan urusan kelahiran cahayamata Kakmim.

Alkisahnya Kakmim dah ada tanda-tanda hendak melahirkan pada hari Isnin lagi. Hari tu Kakmim baru je nak mohon cuti bersalin dan minta surat GL dari bahagian admin. Maklumlah Kakmim bersalin di hospital kerajaan je. Hehehee. Bila Kakmim bagitau kawan-kawan yang Kakmim dah ada tanda-tanda nak bersalin, semua kecoh suh balik. Kakmim rilek lagi. Sebab dari pengalaman lepas memang takkan terus bersalin. 'Tanda' je keluar dulu. So Kakmim tunggu je la kerani siapkan GL dan di samping tu brief sikit member Kakmim yang memangku tugas Kakmim sepanjang Kakmim bercuti 3 bulan. Dan bila setel semua driver pun hantar Kakmim balik. Kereta Kakmim tinggalkan dengan member Kakmim untuk dibawa balik.

Setibanya di rumah, suami Kakmim dah sampai dulu. Kami siapkan barang-barang yang perlu dibawa ke hospital. Haha. Jangan terkejut plak Kakmim memang belom prepare beg hospital sebab Kakmim baru 37 minggu. Dulu anak kedua keluar pada minggu ke-39. Hehehe. Pastu kami gi makan umah mak Kakmim then gi shopping stok makanan kat supermarket. Sempat lagi pegi beli baby cot sebab katil yang lama dah rosak. Hehehe. Semuanya last minit. Nasib la takde contraction lagi. Semuanya berjalan lancar. Dan malam tu kami tido di umah mak in case kalo dah nak bersalin, takyah lah nak berpindah-randah angkut abang dan kakak. Tapi, malam tu pun belum lagi ada contraction yang kerap.

Keesokan harinya 15 April 2014, Kakmim macam dah ready nak ke hospital. Pas balik umah, siap-siap, makan-makan sikit, kami pun ke hospital. Seperti history kelahiran lepas, Kakmim pun admit kerana precious scar. 2009 Kakmim melahirkan kakak Iman secara LSCS kerana kakak Iman breech. So semua urusan admit selesai dalam 1.15 pm dan Kakmim pun rehat di wad. Time tu dah mula contraction dah. Dan pada pukul 2 pm dah semakin kerap pulak. Nak lunch pun dah tak larat. Kalo takde contraction makan sesuap, kalo dah sakit, tak boleh makan dan akhirnya tak habis jugak. Dalam pada sakit tu, Kakmim bancuh ESP siap-siap dan minum ESP. Takut bila dah makin sakit karang tak dapat nak minum. Dah ler nasik sikit jer masuk ke dalam perut.

Dan pukul 3.30 pm macam tu lepas Doktor cek bukaan, baru 3 cm tapi nurse dah packing barang Kakmim. Rupanya diorang nak hantar Kakmim ke labour room. Wahh...dah tak sabar pulak Kakmim. Di labour sekejap je terus buka 7 then 9 dan pukul 4.54 pm lahirlah putera yang dinamakan Imran Mudhaffar. Alhamdulillah, Semuanya dipermudahkan. Macam semuanya berlaku dengan pantas. Syukur ya Allah.

Fresh from the labour room

Dalam labour suami sentiasa menemani Kakmim. Nurse pun terus bagi baby dan Kakmim pun letak ler di dada supaya baby cepat belajar df. Indahnya saat tu. Azankan baby pun di labour room. Dan alhamdulillah, baby Imran takde masalah latching. Macam tak payah diajar senang jer dia belajar df. Terima kasih ya Allah. Pas bersalin pun Kakmim masih bertenaga, penangan ESP kot. Memang ESP terbaek!


Dan bila dah dihantar ke wad, apa yang Kakmim telan dulu ialah Zink. Semoga luka bersalin cepat sembuh.


Hari ni dah seminggu, memang lain sangat dengan kelahiran yang lepas bila ambik supplemen Shaklee. Luka pun macam tak rasa je. Membuang pun superb bila ambik Ostematrix. Memang terbaeklah. Sebab tu Kakmim jatuh cinta sangat-sangat dengan Shaklee.

Anda sedang menanti kelahiran cahayamata? Anda tidak akan menyesal jika memilih Shaklee.

No comments :

Post a Comment